Wednesday, June 17, 2009

Thursday, May 28, 2009

Perhatian....

Ni... Blog ini bukan sekadar untuk berpolitik ye....

Wednesday, May 27, 2009

Cuti.. Cuti.. Cuti..


Boring pulak nak cerita pasal politik Perak la ni...
So.. dah boring ni baik aku layan bawak anak aku ke... cameron highland baik jugak la kan....

Friday, May 22, 2009

Gandhi(Zambry) yang haram Menang



Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
Ikut suka engkau la Zambry oiii.........
Sumer rakyat suka dengan keputusan ini kan ?... maksud aku la... Adun BN, Speaker Haram jadah, 3 katak SUK Perak, Abdullah Antong dan kroni mereka sahaja.... pada aku la mereka ni je rasa yang mereka ni rakyat perak.... yang lain tu bunga nye saja heheeh.... macam kata sudin le.. Alif, Min,Nun,Wau......Alif tendang wau... sarkis....

Thursday, May 21, 2009

Kes mahkamah DS Nizar vs DS Zambri... keputusannya hari ini...3.30pm


Sama2 la kita berdoa agar kemenangan di pihak yang benar.... dan mintaklah dibubar dun segera.....

Monday, May 18, 2009

Peringatan ni .... Jangan Merokok...

Aku sendiri pun tak boleh stop lagi nie


Takut jugak la ni...

Assalammualaikum.... Semua

Selamat datang ke blog aku...
aku akan update blog ini mengikut selera aku bermula sekarang ni...
itu pun sebab baru je aku dapat buat keje ni...
sibuk sangat kerja ni.....
semua yang aku tulis kat sini berkenaan dengan apa bende pun....
tak payah la nak fokus satu cerita tertentu saja...
sebabnya ialah... INI BLOG AKU...